Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berjaya menebus kekecewaan Terbuka Jerman apabila meraih kemenangan pertama mereka pada tahun ini apabila mengalahkan wakil Brazil, Jaqueline Lima-Samia Lima, 21-8,21-12.,

Kemenangan itu jelas menjadi pembakar semangat buat Thinaah dan Pearly bagi mengharungi cabaran kedua mereka iaitu gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

"Ini merupakan kemenangan yang penting kerana ia adalah kemenangan sulung bagi tahun 2022. Jadi saya berasakan permainan kami perlu diperingkatkan lagi," kata Pearly.

"Saya berasakan terdapat ruang untuk dipertingkatkan lagi dan saya juga mahu mendapatkan rentak terbaik menjelang perlawanan seterusnya," kata Thinaah.