Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, bergelar juara Kejohanan Badminton Seluruh England selepas berjaya mengatasi Victor Axelsen di Birmingham, sebentar tadi.

Zii Jia, yang mara ke final selepas mengatasi Kento Momota dalam suku akhir dan Mark Caljouw dalam separuh akhir, berazam untuk bergelar juara Seluruh England ekoran aksi yang kurang cemerlang dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Kedua-dua pemain menampilkan aksi terbaik di gelanggang, memungut mata demi mata hingga set pertama terpaksa diheret ke 20-20 sebelum ia beraksi dengan 30-29.

Skrip yang sama dipamerkan Zii Jia-Axelsen apabila mengheret perlawanan ke 20-20 sebelum wakil Denmark itu memastikan perlawanan dibawa ke set penentuan apabila menang 22-20.

Permainan di jaring serta beberapa pukulan deras dipamerkan Zii Jia sepanjang permainan tidak kelihatan berkurang apabila selesa mendahulu set ketiga 14-7, dengan isu kecergasan ternyata menjejaskan permainan Axelsen sebelum akur dengan kekalahan kepada wakil negara 21-9.