Permulaan cemerlang buat Malaysia susulan pemain profesional negara, Liew Daren, berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Seluruh England sebentar tadi.

Pemain berusia 34 tahun berjaya mengatasi cabaran pemain Perancis, Toma Junior Popov, di Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi.

Daren, yang berada ranking ke-37 dunia, merakamkan kemenangan straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh masa 39 minit.

Sementara itu, beregu negara, Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi, turut merakamkan kemenangan ke atas pasangan England, Callum Hemming-Steven Stallwood, 21-14, 21-12 dalam tempoh 29 minit.