Walaupun mencatat kemenangan ke atas Olimpian dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, malam tadi, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, berkata pihaknya tidak mahu terlalu teruja dan selesa atas kejayaan yang dikecapi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong.

"Apa yang berlaku malam tadi sudah berlalu.

"Dia perlu kembali fokus dan terus berjuang dalam kejohanan.

"Dia pastinya mahu terus menang. Tapi kaedah lazim kami ialah percaya dengan proses dan buat yang terbaik secara dalaman dan kami percaya kelak keputusan akan memihak kami.





"Kami mahukan kelengkapan yang betul untuk pergi berperang, tapi adakalanya keyakinan merencatkan langkah mereka," katanya dalam lawatan Timbalan ketua kontinjen malaysia (CDM), Sharon Wee, ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, menjelang Sukan SEA 2023.

Tambahnya, ketika ini dia berharap skuad bimbingannya terus kekal fokus untuk mendaki puncak yang lebih tinggi selain fokus menjalankan tanggungjawab demi kelayakkan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.