'Keputusan itu tiada kaitan dengan wang ringgit' itu penjelasan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, berhubung beberapa dakwaan tentang keputusannya untuk bergerak secara profesional.

Apatah lagi selepas kenyataannya mendedahkan gaji bulanan diraih RM8,000 bagaimanapun segala jawapan akan didedahkan esok dalam satu sidang media bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nanti.

Zii Jia mengakui tidak dapat memuaskan hati semua peminat badminton tanah air dengan keputusan dibuat sehingga ada yang mengatakan bahawa pemenang pingat emas kejohanan Seluruh England 2021 itu ditawarkan nilai lumayan selepas berundur dari BAM.

Zii Jia juga tampak sudah bersedia mengharungi perjalanan karier baru sebagai pemain profesional apabila menyedari bahawa laluan yang dipilih itu tidak mudah.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan telah menghantar surat perletakan jawatan 11 Januari lalu, dan keputusan rasmi tentang spekulasi ini.

"Saya enggan menjelaskan terlalu banyak perkara ini, ramai yang mengeluarkan andaian bahawa ia mengenai wang yang lebih lumayan menjadi punca saya tinggalkan BAM, saya tidak boleh mengulas panjang buat masa ini, selepas BAM membuat pengumuman, saya akan memberikan penjelasan," kata Zii Jia.

"Sebelum ini, rakan saya, Lai Pei Jing juga menjelaskan bahawa sukar untuk bergerak sebagai pemain profesional dan BAM memiliki fasiliti terbaik. Buat masa ini, saya akan menunggu keputusan pihak BAM."

Sementara itu, Zii Jia, turut menjelaskan ada berbincang dengan barisan kejurulatihan tentang keputusan tersebut, namun dia seolah sudah nekad dan enggan melibatkan campur tangan mereka.