Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyuarakan pendiriannya untuk mempertahankan jawatan.

Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MOM pada 4 September depan, Norza berhasrat terus mendapat mandat daripada persatuan sukan di Malaysia dengan proses pencalonannya akan ditutup, Rabu depan.

"Saya memang telah menyatakan hasrat saya kepada persatuan-persatuan kerana baru satu penggal (menerajui MOM) dan saya harap dapat meneruskan (khidmat untuk) sepenggal lagi.

"Memang ada perkara yang saya masih belum dapat lakukan.

"Diharap persatuan-persatuan dapat memberi peluang untuk saya lakukan perkara yang belum dapat diselesaikan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.