Institut Sukan Negara (ISN) memuat naik satu poster tentang kata-kata semangat untuk atlit negara terus bangkit di laman Facebook rasmi organisasi itu selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tewas dalam aksi final Kejohanan Seluruh England.

"When you see other people succeed, you can either be jealous and try to tear them down, or you can be inspired and try to lift yourself up".



Kata-kata yang membawa makna, apabila anda melihat kejayaan orang lain, anda boleh memilih untuk cemburu dan cuba menjatuhkan mereka atau anda boleh jadikan perkara itu sebagai inspirasi untuk anda bangkitkan diri.

Petikan itu dimuatnaik bersama gambar Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memegang pingat perak selaku naib juara Kejohanan Seluruh England 2024 selepas mereka akur tewas kepada Fajar Alfian dan Muhammad Rain Ardianto dengan keputusan 16-21 dan 16-21.

Apabila orang lain menyinar, jadikanlah perkara itu sebagai semangat untuk anda jadi lebih baik. Pilihlah inspirasi berbanding ada rasa cemburu, dan anda pasti akan lihat diri anda lebih berjaya kerana keputusan atau pencapaian tidak akan mengkhianati usaha.

Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.