Pemain perseorangan wanita negara, Karupathevan Letshanaa, tidak berjaya menyumbangkan mata pertama buat Malaysia selepas tewas berdepan lawan dari Thailand, Supanida Katethong, sebentar tadi.

Dalam aksi pertama saingan Kumpulan B itu menyaksikan lawan yang berada pada kedudukan ke 16 dunia itu jelas lebih berpenggalaman untuk menewaskan perseorangan negara 21-17,21-6.




Aksi kedua bakal menyaksikan beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee, berdepan Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai sebentar lagi.