Skuad Uber negara merekodkan kekalahan dalam perlawanan pertama menentang Chinese Taipei dengan hanya meraih satu kemenangan sahaja dalam 5 pertempuran.

Namun yang lebih mengusarkan saat ini adalah situasi yang di alami oleh pemain perseorangan wanita nombor satu negara, Goh Jin Wei.

Jin Wei, terpaksa berputih mata setelah tewas dalam perlawanan sengit yang akhirnya berpihak kepada pemain di ranking nombor lima dunia, Tai Tzu Ying, dengan mata akhir 21-19, 22-20.

Pemain berusia 24 tahun itu, perlu akur sekiranya dia tidak akan tersenarai dalam aksi penting menentang Thailand pada esok hari.

"Perlawanan sebentar tadi lebih kepada perlawanan yang menguji mental dan saya sedang memperbaiki masalah itu.

"Saya serahkan kepada pihak jurulatih untuk mengetahui jika saya akan bermain atau tidak pada esok hari," katanya.