Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing gagal melakar kejutan untuk meraih mata pertama ketika aksi bertemu Thailand dalam Piala Uber sebentar tadi.

Selepas K. Letshaana gagal memberikan mata pertama, giliran beregu pertama negara pula turun ke gelanggang untuk kembali melawan.

Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai menjadi halangan, namun kualiti dimiliki wakil Thailand yang berada di ranking 10 dunia itu cukup ampuh apabila mudah mengatasi beregu negara 21-10 dalam set pertama.

Pei Kee-Mei Xing cuba menghadirkan tentangan namun ia bersifat sementara apabila pasangan Thailand itu terus cemerlang meraih mata demi mata sebelum menoktahkan kemenangan 21-14.