44 minit sahaja diperlukan pasangan negara, Go Pei Kee- Teoh Mei Xing untuk memastikan Malaysia meraih mata pertama dalam saingan Piala Uber sebentar tadi.

Selepas Goh Jin Wei gagal memberikan mata pertama, giliran beregu pertama negara pula turun ke gelanggang untuk kembali melawan.Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching dari Chinese Taipei menjadi halangan, namun beregu negara ternyata tampil berbisa untuk menang secara straight set 21-19,21-17 walaupun beregu lawan itu kini huni ranking ke-24 dunia.

Kemenangan ini cukup memastikan Malaysia berjaya samakan kedudukan dan kembali melawan dengan kedudukan semasa Malaysia 1 Chinese Taipei 1.