Lee Zii Jia memulakan perlawanan berpasukan dengan langkah kanan untuk menyumbangkan mata pertama selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 dalam perlawanan pertama.
Pemain profesional kedua negara, Cheam June Wei, cemerlang menyumbangkan mata kedua berdepan Youcef Sabri Medel 21-9,21-14.
Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian memastikan peluang Algeria tertutup untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Sifeddine Larbaoiu-Mohamed Abdelaziz dengan kemenangan 21-8,21-3 untuk memberikan mata ketiga buat Malaysia.
RESULTS: #ThomasCup2024 | Group D
— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2024
?? 5-0 ??
Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik def. Kociela Mammeri-Youcef Sabri Medel 21-13 21-9#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/zxUgNem4IZ
Justin Hoh dan Nur Izzuddin Rumsani-Soh Woi Yik, masing-masing mengekalkan momentum cemerlang pasukan negara untuk memberikan satu mata justeru memberi kemenangan bersih 5-0 buat skuad negara di Chengdu, China berdepan Algeria.
Kemenangan itu sekaligus menyaksikan pasukan negara berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Piala Thomas dan akan turun berdepan Denmark untuk penentuan juara Kumpulan D pada Selasa nanti.