Malaysia mengekalkan barisan serupa untuk bertemu China di peringkat separuh akhir Piala Thomas, hari ini.

Dalam kemenangan 3-1 ke atas Jepun di Chengdu kelmarin, Lee Zii Jia turun selaku taruhan utama diikuti dua lagi perseorangan, Leong Jun Hao dan Justin Hoh.

Perbezaan ranking dunia menyaksikan Jun Hao dan Justin akan turun selaku underdog ketika menentang lawan masing-masing, Li Shi Feng yang di ranking keenam dan 19 dunia.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan menjadi tonggak kedua perlawanan pula menggalas cabaran selaku beregu utama, seterusnya perlu memecah kemarau kemenangan dalam tiga pertemuan dengan Liang Wei Keng-Wang Chang

Sementara itu, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani akan mengulangi pertemuan dengan He Ji Ting-Ren Xiang Yu selepas aksi bulan lalu terencat akibat kecederaan yang menimpa beregu China berkenaan.