Pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao, kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas mudah menewaskan wakil perseorangan dari Jepun, Koki Watanabe, sebentar tadi.

Kemenangan 21-13, 21-10 dalam tempoh yang singkat itu, sudah berjaya memastikan Malaysia berjaya mendahului saingan dengan kelebihan 2-1 ke atas Jepun.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan wakil beregu kedua negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, akan turun berdepan Akira Koga-Taichi Saito, sebentar lagi.