Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, secara rasminya tidak akan terbang ke Chengdu, China bersama pasukan skuad negara dalam misi untuk merebut Piala Thomas yang akan membuka tirainya pada 27 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, selepas perbincangannya bersama barisan kejurulatihan dan Institut Sukan Negara (ISN) ekoran kecederaan belakang yang dialami pemain berusia 24 tahun itu.

Tempat kosong itu akan digantikan oleh Juara Orleans Master 2024, Choong Hon Jian, yang akan membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan tersebut secara perseorangan berikutan Tze Yong masih memerlukan masa yang mencukupi untuk kembali ke tahap kecergasan yang optimum.

"Dengan situasi Ng Tze Yong yang masih cedera kami terpaksa menggugurkan dia daripada skuad Piala Thomas.

"Selepas perbincangan bersama jurulatih perseorangan dan jurulatih beregu serta pihak pengurusan maka kami setuju untuk tempat kosong itu akan digantikan oleh Choong Hon Jian.

"Kami melihat kemungkinan yang pasukan perlukan apabila bermulanya Piala Thomas nanti."