Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, teruja selepas mendengar perkhabaran layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024, pada Julai nanti.

Meskipun dia sedar masih banyak yang perlu diperbaiki dalam gandingannya bersama M. Thinaah, dia juga akui terdapat peningkatan positif terhadap persembahannya di dalam gelanggang.

Sebelum ini pasangan beregu itu berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menewaskan beregu wanita nombor satu dunia dari China, minggu lalu.

"Gandingan saya dan Thinaah masih banyak perlu diperbaiki tetapi semakin hari semakin baik.

"Jurulatih juga memahami kami dengan baik kerana jika fizikal kami dalam keadaan kurang baik maka akan memberi kesan semasa dalam perlawanan yang membawa kepada kesilapan mudah.

"Sekarang kami sedang memperbaiki fizikal kami dan lebih fokus tetapi saya lihat ia sedang bertambah baik.