Nur Izzuddin Rumsani berlapang dada mengenai masa depan gandingannya di samping Goh Sze Fei yang sedang dibincangkan bersama barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Juara Terbuka Jerman 2022 itu memulakan dua kempen awal tahun ini, Terbuka Malaysia dan Terbuka India, dengan langkah sumbang apabila terkandas di peringkat 32 biarpun turun dengan status sebagai 11 terbaik dunia.

Tetapi Nur Izzuddin bersikap terbuka untuk menggadaikan keserasian yang terbina sejak 2016 itu selain kedudukan ke Sukan Olimpik Paris 2024.




Kalau daripada segi ranking, memang sayanglah sebab kami sedang berjuang untuk kelayakan Sukan Olimpik.

"Tapi tengoklah hasi perbincangan kami (kelak), yang penting diri sendiri yang perlu dipersiapkan.

"Apa pun yang berlaku mungkin takdir, mungkin rezeki saya dekat gandingan baru, (jadi) saya terima sahaja," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.