Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah ke pusingan kedua selepas menang straight set ke atas rakan senegara, Anna Ching-Lim Chiew Sien, sambil perjuangan Teoh Mei Xing-Yap Ling, berakhir susulan tewas di tangan wakil Jepun.

Selepas mencatat kemenangan 21-15 dalam set pertama, Pearly dan Thinaah hanya memerlukan 24 minit untuk menamatkan perlawanan hasil keputusan 21-10 dalam set kedua.

Situasi berbeza dilalui Mei Xing dan Yap Ling apabila terpaksa melupakan saingan kali ini.

Biarpun memberi tentangan sengit sebelum akhirnya akur 21-19 dalam set pertama ketika berdepan gandingan Nami Matsuyama-Chiharu Shida, wakil negara itu terpaksa menelan kehebatan lawan susulan keputusan 21-14 dalam set seterusnya.



Editor: Nafis Abdullah