Pemain perseorangan profesional, Goh Jin Wei, berjaya mara ke pusingan kedua Masters Malaysia selepas menewaskan Zhang Beiwen dengan keputusan straight set.

Pada set pertama, Jin Wei terpaksa berhempas pulas untuk mengawal perlawanan sebelum berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 21-19.

Jin Wei berjaya mendahului jauh dalam set kedua apabila bermain secara agresif bagaimanapun Zhang Beiwen bijak untuk kembali bangkit merapatkan kedudukan.

Kemenangan Jin Wei diputuskan untuk menggunakan 'hawk eye' di mana keputusan tersebut berpihak kepada Jin Wei untuk dia menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-19, 21-18.