Dua beregu campuran profesional negara terkandas awal dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tewas kepada lawan masing-masing di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersingkir daripada kejohanan di laman sendiri itu dalam masa 44 minit biarpun bersaing sengit sebelum tewas 20-22, 20-22 kepada pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.

Menyusul selepas itu, gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang melepasi pusingan kelayakan semalam, turut menemui nasib sama apabila tumpas 8-21, 15-21 kepada beregu pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam masa 37 minit.