Di sebalik kejayaan dua kilauan pingat dalam Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi acara beregu wanita dan campuran, Cheng Su Yin, kecewa disingkirkan 16-21, 10-21 oleh beregu wanita dari Indonesia.

Beregu di ranking 86 dunia itu akur banyak kepincangan dalam permainan hingga menyekat perjalanan mereka dalam Kejohanan Masters Malaysia BWF di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

"Kami sendiri yang bermain tidak bagus.





"Kami sudah mencuba tetapi masih kalah jadi kami perlu cuba lebih baik lagi dalam kejohanan seterusnya," katanya.

Menurut kembarnya, Cheng Su Hui, kekalahan kali ini sememangnya kerana kekurangan mereka sendiri.

"Kami akan fokus kepada latihan dan berikan aksi lebih baik lagi dalam kejohanan seterusnya," katanya pula.

Sementara itu, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan selaku pilihan keenam untuk ke pusingan 16 esok dengan mengetepikan Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-17, 21-14 dari Bulgaria.