Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia (Indonesia Masters Badminton Championship) selepas tewas di tangan wakil tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting, di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, wakil negara itu bermula baik untuk memenangi set pertama 21-18.

Bagaimanapun, Ginting, yang diletakkan sebagai pilihan keempat, memanfaatkan sokongan padu penyokong di halamannya sendiri untuk meningkatkan permainannya dan memenangi set kedua 21-16.

Zii jia seakan-akan hilang arah dalam set penentuan, di mana dia tidak pernah mendahului sejak kedudukan terikat 2-2 sehingga pada satu ketika ketinggalan 11-5.

Dalam usahanya untuk merapatkan kedudukan, Ginting memungut tiga mata berturut-turut pada akhir permainan untuk menamatkan pertarungan selama sejam sembilan minit itu dengan kemenangan 21-15 dalam set terakhir.