Pemain berusia 26 tahun itu mempunyai rekod baik berdepan pemain di kedudukan nombor 11 dunia itu dimana dalam enam pertemuan terakhir, empat perlawanan berpihak kepada pemain nombor satu negara itu.
Japan memberikan kejutan dalam barisan pemain mereka selepas tidak meletakkan pemain perseorangan pertama mereka, Kodai Naraoka, yang berada di kedudukan ke-5 dunia ketika ini tetapi sebaliknya meletakkan Kenta Nishimoto dalam perlawanan perseorangan pertama yang berada di kedudukan ke-11 dunia.
#ThomasCup2024 QF | Team Lineup
— BAM (@BA_Malaysia) May 2, 2024
?????
? Astro Supersport
Ayuh, beri sokongan kepada team kita! ?#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/4p5scApOJz
Zii Jia akan mengetuai barisan perseorangan negara bersama perseorangan kedua, Leong Jun Hao, dan perseorangan ketiga, Justin Hoh, serta barisan beregu akan diwakili oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai beregu pertama dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani wakil beregu ketiga negara.