Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, secara tidak rasmi sudah mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Berdasarkan pengiraan mata ranking perlumbaan ke temasya itu, Zii Jia kelihatan sudah mengesahkan tempat selaku perseorangan lelaki terbaik negara dan kelihatan tidak akan terkeluar daripada kelompok 16 teratas ranking berkenaan.

Sebagai rekod, Zii Jia kini menduduki tangga ke-10 perlumbaan ke Paris 2024 manakala sorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, pula berada di ranking ke-17.