Kejohanan Badminton Remaja Allianz, kembali dengan lebih gah pada tahun ini menerusi penganjuran tanpa sebarang yuran dikenakan.

Objektif utama adalah untuk mencungkil bakat terpendam di samping melahirkan bintang masa depan.

Lebih menarik, penganjuran kali ini memperkenalkan kategori baru -- bawah 11 tahun -- sekali gus menawarkan peluang keemasan buat bakat cilik mengetengahkan kebolehan ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan itu, mempertandingkan empat acara -- perseorangan dan beregu lelaki serta wanita, dalam kategori bawah 11, 13 dan 15 tahun -- selain wang tunai buat para pemenang.

Perlawanan peringkat akhir sirkit satu di Taiping, Perak, memperlihatkan Sivenesh Saravanan, mengekalkan dominasi untuk menumbangkan seteru utama, Chew Ze Hong.