Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, sedia duduk berbincang dengan Persatuan Badminton Dunia (BAM) bagi mencapai situasi menang-menang untuk dia boleh kembali beraksi di pentas antarabangsa.

Jin Wei mengakui kini dia sedang mempersiapkan dirinya semula untuk mengharungi aksi antarabangsa selepas kali terakhir beraksi di Kejohanan Antarabangsa Sepanyol Jun lalu sebelum mengumumkan persaraan pada September.

Bagaimanapun, Jin Wei, mengakui masih ada banyak perkara perlu diselesaikan khususnya konflik dengan BAM, sebelum dia boleh bergerak sebagai pemain profesional.

Jin Wei sepatutnya menyertai saingan Antarabangsa Syed Modi di India 18 Januari depan bergandingan dengan Cheam June Wei beraksi dalam acara beregu campuran, namun terpaksa menarik diri kerana berasakan dirinya masih belum bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Perkara paling penting adalah kembali mewakili negara, jika BAM mahu saya menyertai saingan bertemasya seperti Sukan Asia, saya sedia untuk mewakili negara," kata Jin Wei.