Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri, bakal menjalani suntikan epidural esok bagi merawat kecederaan pinggangnya.

Justeru, Haikal yang berganding bersama Arif Junaidi berharap untuk sembuh sepenuhnya pada bulan depan supaya mampu memulakan musim 2023.

"Keadaan saya makin baik.

"Ketika ini saya fokus kepada menguatkan otot terutama pinggul dan ia sangat membantu.

"Selepas seminggu dua barulah saya boleh kembali menjalani latihan.

"Saya berharap dapat kembali secepat mungkin disebabkan belum dapat menyertai sebarang kejohanan pada tahun ini.

"Saya harap rawatan ini berkesan buat saya," kata pemain di ranking ke-46 dunia itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.