Selepas Chan Chong Ming, Indra Wijaya dan Flandy Limpele, kini giliran jurulatih yang bertanggungjawab ke atas beregu campuran negara, Paulus Firman, meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Keputusan itu berkuatkuasa bermula 1 Mei ini, susulan jurulatih dari Indonesia itu mahu pulang ke pangkuan ibu bapanya yang sudah uzur.

Jurulatih berusia 53 tahun itu turut menjelaskan dia masih belum mempunyai perancangan selain mahu mengambil masa untuk berehat buat sementara waktu.

Paulus yang pernah membimbing beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sehingga 2020, mengakui ralat tidak dapat meneruskan khidmat membantu Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See.