Setelah enam kali bertemu dari 2022 sehinggalah 2023 barulah Pearly Tan dan pasangannya, Thinaah Muralitharan, mampu memecah kebuntuan untuk menewaskan beregu wanita, Chen Qing Chen/Jia Yi Fan, dari China.

Kini defisit pertemuan sesama mereka adalah 1-5. Pertembungan 49 minit, nyata memihak kepada beregu wanita utama negara sekaligus melayakkan di ke suku akhir.

Pearly ketika ditemu bual usai perlawaman menyatakan, “Kami berjaya menang tetapi kami beranggapan jelas sekali Jia Yi Fan mengalami sedikit kecederaan.

“Jadi ya kami hanya kekal fokus untuk perlawanan seterusnya.

M. Thinaah juga menyatakan bahawa mereka perlu kekal fokus untuk aksi seterusnya, “Kami rasa, kami cuma ingatkan sesama sendiri agar kekal fokus, jangan fikirkan sangat apa sahaja termasuk kecederaan pihak lawan.

“Kami cuma mahu bermain baik mengikut strategi kami sahaja dan kurangkan kesilapan kami hari ini dan ianya berjaya

Kami rasa ianya membantu dari segi tahap keyakinan diri kami berdua kerana kami beraksi kurang baik sejak kebelakangan ini,”

“tetapi setiap kali kami tewas kami hanya mahu kembali perbaiki permainan kami dan beraksi dengan lebih baik dan sememangnya kami masih lagi ada ruang untuk penambaikkan selepas tamatnya perlawanan tadi.

Pearly yang juga menyambut hari kelahirannya yang ke-24 pada Khamis menambah, “Kami hanya mahu fokus akan perkara itu lakukan persiapan untuk perlawanan seterusnya.

Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto dari Jepun bakal menjadi seteru mereka pada jam 6 petang ini.

Perlawanan dijangka sengit kerana rekod pertemuan mereka adalah 1-1. Semoga tuan hari lahir terus memberi magis buat Pearly dan pasangannya M. Thinaah.