Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur pejuangan mereka dalam Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF terhenti di peringkat kumpulan selepas tewas kepada gandingan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, di Nimibutr Arena, Bangkok sebentar tadi.

Selepas kekalahan secara set langsung 21-23, 15-21 kepada beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, semalam, Pearly dan Thinaah sedar hanya kemenangan kali ini dapat meneruskan kemaraan mereka daripada saingan Kumpulan B.

Bagaimanapun, lawan pilihan keempat dari China itu jelas berada di kelas berbeza untuk pasangan negara berkenaan akur dengan kekalahan 13-21, 15-21 dalam masa 42 minit.

Pearly dan Thinaah seterusnya akan melengkapkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan berdepan satu lagi beregu China, yang juga pilihan kedua kejohanan, Zhang Shuxian-Zheng Yu, esok.