Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memberi isyarat kem beregu negara akan melalui fasa rombakan.

Langkah itu diambil sebagai persiapan awal untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 dengan proses kelayakannya bermula tahun depan.

"Kami akan punya masa untuk bentuk pasukan mantap dengan munculnya pemain baru yang lebih bersedia," katanya.

Ia turut melibatkan pemain beregu campuran berpengalaman, Chan Peng Soon, yang kembali ke pangkuan BAM Januari lalu selepas dia dan Goh Liu Ying mengambil haluan masing-masing, sekali gus bakal digandingkan dengan Chen Yee See.

Dalam temasya Tokyo 2020, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membawa pulang pingat gangsa.