Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal mengorak langkah baru dengan memisahkan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang berpusat di Bukit Kiara.
Ia memberi laluan kepada BAM untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aspek pentadbiran sementara ABM pula bertindak sebagai pusat berprestasi tinggi badminton negara dan akan dinilai oleh golongan profesional tanpa campur tangan daripada badan induk itu.
Ia mirip pemisahan di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Langkah ini juga secara tidak langsung membolehkan segala pendapatan daripada pihak penaja disalurkan terus ke ABM dan usul ini disokong sepenuhnya oleh semua ahli majlis dalam Persidangan Mesyuarat Agung BAM semalam.
"Pemisahan ini bercorak lebih kepada prestasi, lebih kepada akademi sepatutnya.
"Ia akan diuruskan oleh golongan profesional, contohnya kami telah melantik Dr Tim Jones sebagai pengarah berprestasi tinggi BAM.
"Kami juga ada pengarah kejurulatihan untuk perseorangan dan beregu. Jadi ia akan pastikan semuanya berjalan seiring," kata Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.