Juara dunia 2022, Aaron Chia, berada dalam keyakinan tinggi sekalipun menganggap rintangan pertama mereka dalam Terbuka Perancis sebagai bintang meningkat naik.

Aaron dan Soh Wooi Yik - yang dijadual bertemu wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang esok -- bertekad tampil lebih fokus dalam kejohanan kedua jelajah Eropah itu selepas terkandas di peringkat separuh akhir Terbuka Denmark minggu lalu.

Menurut pemain di ranking ke-4 dunia itu, laluan dalam Terbuka Perancis tidak banyak berbeza berbanding di Denmark lalu dan mereka hanya perlu mengekalkan fokus dalam pemburuan gelaran siri jelajah dunia BWF sulung buat mereka.

"Kami anggap dapat undian yang adil.




"Kami akan berdepan bintang muda China yang baru memenangi Terbuka Jepun dalam pusingan pertama.

"Mereka masih muda, oleh itu kekuatan dan kepantasan mereka bagus.

"Tapi tidak kira siapa yang kami perlu hadapi termasuk gandingan nombor satu dunia sekalipun, kami akan terus berikan yang terbaik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Saingan di Paris minggu ini akan menjadi kejohanan siri jelajah dunia terakhir buat mereka sebelum menghadapi Final Jelajah Dunia BWF di Guangzhou, Disember depan.