Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia, bertekad mengakhiri badi aksi kurang memberansangkan di untuk merangkul kejuaraan pertama yang amat dinanti-nantikan depan penyokong sendiri.

Kali terakhir wakil tuan rumah menjuarai Terbuka Malaysia menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2014
menjelang pusingan pertama di Stadium Juara, Bukit Kiara, Selasa depan.

"Tiap kali kejohanan kami (harap) ini kalilah tapi tidak kesampaian.

"Kami akan cuba dan paksa. Bukan senang, kadang kami nak sangat menang. Bukan mudah tapi kami perlu buat secara berperingkat," katanya hari ini.

Sehubungan itu, beregu utama negara yang digandingkan sejak 2017 itu menyimpan harapan untuk menghantar wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito -- yang menewaskan mereka dalam Terbuka Denmark tahun lalu -- pulang lebih awal Rabu depan.





"Memang kami pernah kalah kepada mereka, ketika itu persembahan kami tidak baik sangat.

"Bermain di tempat sendiri boleh beri kelebihan kepada kami untuk menang.

"Jurulatih menuntut kami agar lebih menunjukkan (kemahuan) dahagakan kejayaan di atas gelanggang.

"Mungkin kami terlalu banyak berfikir hingga membuatkan kami kurang fokus dalam separuh akhir," katanya.

Pusingan pertama (Selasa depan)

Lee Zii Jia lwn Toma Junior Popov

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lwn Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi

Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Akira Koga-Taichi Saito

Pearly Tan-M Thinaah lwn Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting

Tan Kian Meng- Lai Pei Jing lwn Goh Soon Huat-Shevon Lai



"," katanya.

Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan bagi melunaskan misi dalam Terbuka Malaysia yang bermula di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu depan.
(upsot)