Cheah Liek Hou merangkul gelaran perseorangan dunia buat kali ketujuh selepas mengungguli Kejohanan Badminton Para Dunia dengan menewaskan Dheva Anrimushti secara straight set, hari ini.

Pemain berusia 34 tahun itu menumbangkan seteru ketat dari Indonesia itu 21-14, 21-12 untuk bagi mengesahkan kejuaraan SU5 di Tokyo.

Cheah dimahkotakan gelaran ke-12 peribadinya -- 17 tahun selepas memenangi gelaran dunia pertamanya pada 2005.

Dia kini mengesahkan tujuh trofi perseorangan lelaki selain lima lagi kejayaan hadir menerusi beregu lelaki.

Dengan kejayaan terbarunya, pemilik pingat emas Paralimpik Tokyo itu sudah mengumpul 14 gelaran utama sejak 2019.

Begitupun, hajat Liek Hou untuk menambah lagi satu lagi gelaran beregu dunia tidak terlaksana apabila Dheva membalas dendam.

Dheva-Hafizh Brilliansyah Prawiranegara menewaskan gandingan Liek Hou-Faris Ahmad Nazri 21-13, 21-12.

Malaysia turut dinafikan gelaran dalam acara final kategori WH1-WH2 beregu lelaki selepas Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan tumbang 11-21, 15-21 kepada pencabar dari Jerman, Rick Cornell Hellmann-Thomas Wandschneider.