Jaguh badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, 36, memenangi pingat emas berganda dalam Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi.

Liek Hou terlebih dahulu memenangi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dengan mengetepikan wakil Taiwan, Fang Jen-Yu, 21-13, 21-19 sebelum meneruskan rentak cemerlangnya itu apabila bergandingan pula dengan Muhammad Fareez Anuar untuk menjuarai beregu lelaki SU5 yang mengatasi gandingan India, Rajkumar-Chirag Baretha, 21-16, 21-19.

"Kami akan bertolak ke Toledo selepas ini untuk ke Kejohanan Level 1 seterusnya yang akan bertanding di Sepanyol juga.

"Saya cuma berharap saya dan rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan di Toledo minggu depan demi negara.




"Terima kasih banyak kepada semua yang telah menyokong saya terutamanya penaja-penaja saya yang sering percaya kepada saya akan cemerlang di pertandingan," tulis juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu di Facebook.