Kembalinya Rexy Mainaky ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 Disember lalu ternyata langkah kanan.

Selepas 45 tahun mencuba, Malaysia akhirnya melahirkan juara dunia pertama dan lebih manis ia berlaku diambang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.

Ini merupakan juara dunia kedua buat pengarah kejurulatihan bahagian beregu BAM sejak tahun lalu itu selepas membawa beregu campuran England, Nathan Robertson-Gails Emms, muncul juara pada 2006.




Tetapi kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Pusat Gimnasium Metropolitan Tokyo, semalam, menjadi lebih bermakna memandangkan ia merupakan keistimewaan yang sama ketika Rexy bergelar pemain satu ketika dulu.

"Pasti akan lebih istimewa kerana ini memang kepakaran saya sebagai bekas pemain beregu lelaki.




"Kemenangan ini sangat istimewa dan akan menjadi suntikan moral.

"Mereka menebus kekecewaan dalam Sukan Komanwel menerusi kebangkitan dalam Kejohanan Dunia," kata jurulatih dari Indonesia itu.