Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 apabila mengatasi wakil Jepun, Kanta Tsuneyama 21-13, 21-11 sebentar tadi.

Pilihan ketiga kejohanan itu berjaya melangkah ke suku akhir apabila merekodkan kemenangan ke atas wail Indonesia, Shesar Rustavito, 21-14, 22-20.

Zii Jia bakal bertemu wakil China, Weng Hongyang dalam usaha memburu slot ke final.