Timberwolves lantik Finch sebagai ketua jurulatih

Oleh Ammar Hakim 23 Februari 2021 50
Timberwolves lantik Finch sebagai ketua jurulatih
Chris Finch diumumkan sebagai ketua jurulatih baru Minnesota Timberwolves.

Pengendali berusia 51 tahun itu, yang berkhidmat sebagai pembantu Nick Nurse di Toronto Raptors, memiliki lebih daripada 24 tahun pengalaman dalam NBA dan Liga G.

Minnesota memecat Ryan Saunders Ahad lalu selepas tewas kepada New York Knicks yang menyaksikan rekod pasukan tercorot Western Conference 7-24, berikutan satu kemenangan diperoleh daripada sembilan perlawanan.

Dengan reputasi sebagai salah seorang pengurus paling berinovasi dalam NBA, Finch sebelum ini telah berkerjasama dengan bintang seperti Anthony Davis, DeMarcus Cousins, James Harden, Nikola Jokic, Zion Williamson dan Kyle Lowry.

"Chris membawa masuk pengalaman bola keranjang yang meluas daripada saingan NBA, Liga G dan antarabangsa," kata presiden operasi bola keranjang Timberwolves, Gersson Rosas.

"Dia salah seorang memiliki minda yang sangat kreatif dalam bola sepak, berjaya menggunakan sepenuhnya potensi pemain, dan saya sangat teruja untuk membawanya masuk ke dalam pasukan untuk ke peringkat lebih tinggi."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment