Pioli cabar Milan akhiri di kelompok empat terbaik Serie A

Oleh Ammar Hakim 21 September 2020 95
Pioli cabar Milan akhiri di kelompok empat terbaik Serie A
Stefano Pioli mencabar Milan untuk segera mempamerkan impak dalam aksi pembukaan Serie A ketika meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan di kelompok empat pasukan terbaik.

The Rossoneri menamatkan musim 2019-20 dengan cemerlang, merekodkan 12 perlawanan tanpa kalah untuk menamatkan saingan di tempat keenam, cukup untuk memastikan kelayakan ke pentas Liga Europa.

Aksi cemerlang mereka turut diikuti dengan lanjutan kontrak Pioli, yang mengakui tekanan bakal menyusul di sebalik persetujuan baharu itu.

Ketika satu gelaran berada dalam objektif barunya, pengendali Milan itu mendedahkan keinginannya untuk mengelak daripada ketinggalan kepada pencabar lain menjelang aksi pembukaan berdepan Bologna.

"Jika mahu menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik, kami perlu bermula dengan cemerlang," kata Pioli.

"Bermula dengan kemenangan adalah penting dan kami sudah mula memberikan tumpuan kepada perlawanan berdepan Bologna. Scudetto? Saya tidak pasti, sukar untuk memberikan maklum balas terhadap sasaran itu."
   
Milan, yang kali terakhir menamatkan saingan di kelompok empat terbaik pada 2012-13, diperkuatkan dengan kehadiran Brahim Diaz dan Sandro Tonali dalam kes skuad, sementara Zlatan Ibrahimovic turut menandatangani kontrak baru untuk kekal di San Siro.

Ditanya mengenai jangkan untuk memperbaiki pencapaian musim lalu, Pioli membalasn, "Berada di bawah tekanan adalah satu keistimewaan, ia bermakna bahawa kita telah mencapai standard yang lebih tinggi.

"Objektif kami adalah untuk memperbaiki kedudukan kami tahun lalu -- kita perlu bercita-cita tinggi, kami adalah AC Milan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment