Persaraan Khabib adalah benar -- Cormier

Oleh Ammar Hakim 27 Oktober 2020 2210
Persaraan Khabib adalah benar -- Cormier
Daniel Cormier menegaskan persaraan Khabib Nurmagomedov adalah 'benar' dan juara tanpa tewas UFC itu tidak akan kembali ke Octagon.

Khabib mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje bagi mempertahan kejuaraan kategori lightweight di UFC 254 di Abu Dhabi Ahad lalu.

Petinju MMA berusia 32 tahun itu (29-0) bertarung buat pertama kali sejak kematian bapanya dan jurulatih, Abdulmanap Nurmagomedov, Julai lalu.

Khabib berlinangan air mata selepas tamat perlawanan dan bekas juara light heavyweight dan heavyweight, Cormier, bercakap mengenai keputusan bintang Russia itu.

"Ini adalah benar," kata Cormier. "Khabib tidak menipu. Khabib tidak pernah bermain dengan 'Saya bersara dan mahu kembali pada masa akan datang."

"Apabila dia berkata begitu, saya boleh katakan dia sudah tidak lagi akan kembali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on


"Dia tidak pernah menipu dengan saya. Mungkin sekadar untuk bermain-main. Kami telah berseronok. Kami telah bermain jenaka. Kami telah melakukan banyak perkara. Tetapi satu perkara yang dia tidak lakukan adalah berbohong.

"Dan saya tidak fikir dia akan berbohong kepada ibunya, terutamanya ketika apa yang dihadapi mereka sebagai sebuah keluarga."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment