Naharuddin sedia sahut cabaran kendali skuad negara

Oleh Ammar Hakim 9 Januari 2021 77
Naharuddin sedia sahut cabaran kendali skuad negara
Bekas jurulatih angkat berat Selangor, Naharuddin Mahayuddin, menyahut cabaran untuk mengendali skuad kebangsaan, menggantikan bekas ketua jurulatih negara, Wang Zhi Quan. 

Naharuddin yang dikaitkan sebagai calon pilihan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) apabila tidak mempunyai rekod kes doping selain berpengalaman sebagai bekas atlet negara dan jurulatih Selangor.

PABM akan buat pengumuman rasmi, bulan depan.

"Ia adalah tugas berat untuk dipikul, jika saya dipilih, saya amat gembira kerana telah lama menunggu untuk berkhidmat bersama skuad kebangsaan," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment