Bintang UFC, Conor McGregor dan Dustin Poirier, telah bersetuju untuk bertarung dalam perlawanan amal.

Gandingan itu telah mengenani perlawanan yang telah dicadang oleh McGregor –- yang sebelum ini telah mengumumkan persaraan buat kali ketiga Jun lalu -- menerusi Twitter, dengan bekas juara featherweight dan lightweight itu berkata 'tidak terlibat langsung dengan UFC'.

Petinju kelahiran Ireland Republik itu hasil kutipan perlawanan tersebut akan didermakan kepada badan amal yang dipilih oleh kedua-dua petinju dan dicadangkan akan bertarung 12 Disember di Dublin.

Menerusi Twitter, McGregor berkata, "Hai! Anda mahu melakukan perlawanan amal? Tidak melibatkan langsung dengan UFC.

Poirier pula membalas, "Saya mahu turut serta! Mari lakukannya! Ramai yang akan mendapat manfaat daripada perlawanan ini."

McGregor sebelum ini bergelar pemenang ketika berlawan Poirier dalam UFC 178 pada September 2014, 'menerusi TKO dalam pusingan pertama.