Lakers akhiri kemarau 10 tahun, mara ke NBA Finals

Oleh Ammar Hakim 27 September 2020 70
Lakers akhiri kemarau 10 tahun, mara ke NBA Finals
The Los Angeles Lakers mara ke NBA Finals buat pertama kali sejak sedekad lalu selepas LeBron James mempamerkan aksi cemerlang untuk mengatasi The Denver Nuggets.

Tidak sejak memenangi kejuaraan terakhir pada 2010, The Lakers tidak pernah melangkah ke aksi akhir.

Tetapi James membantu menamatkan kemarau itu apabila pilihan utama, Lakers mengatasi Nuggets 117-107 sebentar tadi bagi memastikan kemenangan 4-1 dalam aksi Western Conference finals.

James merekodkan 38 mata, 16 rebound dan 10 assist untuk memimpin Lakers di Walt Disney World Resort, Orlando, Florida, di mana dia akan beraksi dalam NBA Finals buat kali ke-10 -- pemain keempat dalam sejarah untuk melakukannya.
   
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment