Irving direhatkan hingga penghujung musim

Oleh Ammar Hakim 21 Februari 2020 20
Irving direhatkan hingga penghujung musim
Pemain Brooklyn Nets, Kyrie Irving, bakal menjalani pembedahan bahu dan terlepas baki musim NBA.

Irving telah terlepas sebahagian besar musim ini bersama Brooklyn ekoran kecederaan bahu apabila sekadar membuat 20 penampilan bagi musim 2019-20.

Dan pemain berusia 27 tahun itu bakal terlepas baki saingan musim ini apabila menjadi pembedahan pada bahunya, perkara itu telah diumumkan pasukannya semalam.

"Dia sememangnya kecewa mengenai perkara ini dan kami akan sentiasa memberikan sokongan sehingga dia pulih sepenuhnnya," kata pengurus Nets, Sean Marks.
"Irving telah bertemu pakar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan pembedahan yang jalan terbaik."

Irving secara purata meraih 27.4 mata, 6.4 bantuan jaringan dan 5.2 rebound dalam 20 perlawanan musim ini.

Brooklyn kini 25-28 dan berada di tangga ketujuh dalam saingan Eastern Conference menjelang pertemuan dengan Philadelphia 76ers.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment