Tumbukan kencang Ryan Garcia menumbangkan Francisco Fonseca membenarkan menang dalam pusingan pertama untuk mempertahankan gelaran WBC Silver lightweight semalam.

Garcia, petinju berusia 21 tahun itu memperbaiki rekodnya kepada 20 kemenangan tanpa kalah selepas tumbukan tangan kiri menumbangkan Fonseca selepas perlawanan hanya berlangsung selama 80 saat di Anaheim.

Wakil Amerika Syarikat itu, yang telah melakukan 17 kemenangan menerusi knockout dalam kariernya, teruja dengan keputusan perlawanan tersebut.

"Ia merupakan persembahan yang cemerlang, ia merupakan perlawanan yang singkat," kata Garcia kepada DAZN dalam temubual dalam gelanggang.

"Saya menonton video Sugar Ray Robinson sebelum perlawanan ini, dia melakukan gerakan yang berjaya menipu lawan sebelum melepaskan tumbukan kanan kiri. Apabila saya menyaksikan gerakan Fonseca, saya menggunakan gerakan Robinson untuk menumbangkannya.

"Saya mahukan perlawanan yang lebih panjang. Penghormatan diberikan kepada Fonseca."
Jorge Linares dan Gervonta Davis telah disebut-sebut menjadi lawan seterusnya buat Garcia.

Linares turut beraksi semalam, merekodkan kemenangan dalam pusingan keempat apabila menumbangkan Carlos Morales.


Editor: Ammar Hakim