Fokus kepada keluarga punca Nafiizwan lewat terima tawaran SRAM

Oleh Muzaffar Musa 28 September 2020 166
Fokus kepada keluarga punca Nafiizwan lewat terima tawaran SRAM
Tarikh 1 November ini akan menyaksikan bekas pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, kembali ke pangkuan skuad kebangsaan tetapi kali ini sebagai jurulatih.

Nafiizwan secara rasmi mengumumkan persaraanya sebagai pemain pada Mei tahun lalu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, pemenang pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 itu menjelaskan mengapa dia menerima tawaran Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) itu meskipun pada awalnya menolak.

"Kali ini saya rasa sudah lebih bersedia dengan keadaan yang lebih stabil.

"Sebelum ini saya hanya fokus kepada keluarga kerana isteri saya baru melahirkan anak dan keadaan ibu saya juga semakin sihat.

"Selepas lebih setahun bersara, saya berasa lebih lega.

"Selepas 23 tahun bermain skuasy, saya memerlukan sedikit masa untuk kembali ke gelanggang atau mula melatih atlet.

"Perbincangan (bersama SRAM) itu tidak lama, cuma dalam seminggu.

"Saya beritahu kepada pengarah kejurulatihan (SRAM) bahawa saya ingin kembali membantu pasukan negara dalam mencapai sasaran mereka.

"Katanya skuad negara memang sedang menunggu jawapan daripada saya dan mengalu-alukan kedatangan saya secepat mungkin," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Comment