Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, menuntut kepada semua barisan kejurulatihan dan pemain yang akan kembali memulakan saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang bersambung agar memberi kerjasama.

STL akan kembali rancak bermula Isnin depan hingga hujung tahun ini selepas melepasi syarat ketat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pendek kata, kalau tidak mahu ikut peraturan, jangan terlibat dengan STL.

"Kami akan adakan venue kem kuarantin buat pasukan termasuk pengadil.

"Hasil daripada rayuan dan usaha kuat oleh PSM selain dibantu menteri, Kami sudah menerima keputusan ini sejak Isnin (semalam) tetapi kami mahu memberi ruang kepada semua pasukan membuat persediaan rapi.

"Kebenaran khas STL diberikan berdasarkan pendekatan kuarantin. Kami telah menguruskan penginapan mereka di kompleks sukan di Bukit Jalil dan Keramat dengan program kuarantin yang ketat.

"Mana-mana orang yang tidak tinggal di tempat kuarantin, mereka tidak akan dibenarkan masuk ke venue kejohanan.

"Dari awal lagi saya mohon maaf, saya pesan kalau tidak tinggal di penginapan kuarantin, tak payah datang, bertengkar, bergaduh dan bermasam muka.

"Ini kerana setiap hari pengawai KKM akan datang memantau.

"Kami perlu terima bahawa kami masih dapat meneruskan pertandingan sekalipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly.

Kedudukan Liga Premier setelah tamat minggu ketiga, KL masih lagi diatas liga diikuti Kelantan dan ATM dengan masing masing telah bermain 7 perlawanan. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Sunday, October 4, 2020