Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan yang dibuat Presiden Persatuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, semalam yan membidas badan induk kebangsaan itu kerana mengabaikan proses undian pencalonan kongres bagi penggal 2021-2025.

ASTAF mempertikai tindakan PSM yang tidak menghantar undian pencalonan yang ditutup jam 6 petang kelmarin -- prosedurnya dijalankan oleh pihak ketiga -- selepas dua notis yang diberikan.

Bagaimanapun, hari ini Presiden PSM merangkap Timbalan Presiden ASTAF, Datuk Seri Ahmad Ismail, tampil mendedahkan banyak manipulasi berlaku menjelang kongres terbabit.

ASTAF tempelak PSM tidak respons undian Kongres 2021-2025

Posted by Astro Arena on Saturday, February 27, 2021


"Beberapa negara telah pun bersetuju seandainya kongres ini -- maaf Halim, saya masih sahabat baik anda -- diteruskan juga kerana hendak tunjukkan kuasa kamu, kami sanggup mengheret (kes) ini ke mahkamah.

"Kongres ini sepatutnya diisytiharkan tidak sah, lebih-lebih ia mencabuli perlembagaan jadi kami (sanggup) pergi ke mana-mana mahkamah hingga CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan), kami bersedia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PSM, Kuala Lumpur, petang tadi.