Terengganu bangkit tundukkan Kedah

By Ammar Hakim 9 April 2021 4539
Terengganu bangkit tundukkan Kedah
KEDAH 1 TERENGGANU 2

Terengganu FC bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.


Kedah seawal minit pertama perlawanan berjaya menguji benteng pertahanan Terengganu, Rabih Ataya menemui ruang namun percubaan tersasar.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak terus mencari peluang untuk mendahului perlawanan, pada minit ke-25, kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar berjaya melakukan tandukan namun usahanya turut gagal menemui gawang.

Gol pendahului yang dicari-cari akhirnya terhasil pada minit ke-40, hantaran silang Ataya ditampan oleh pertahanan Terengganu, Muhammad Mohd Faudzi.

Kelebihan Lang Merah tidak berpanjangan apabila Terengganu berjaya meraih jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan David Da Silva dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Terengganu dan Kedah semakin menemui rentak permainan masing-masing, apabila serangan demi serangan dilancarkan bagi mendapatkan gol.

Namun gerakan pasukan pelawat yang berjaya membuahkan hasil apabila Faisal Halim bijak menembusi benteng pertahanan lawan bagi mencari Azam Azmi untuk meledak gol pada minit ke-59.

Kedah berusaha mendapatkan jaringan penyamaan hingga penghujung perlawanan, namun usaha mereka tidak berhasil.

Ketika kekalahan sudah pasti buat Kedah, keadaan terdesak memaksa Kedah menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain apabila dua pemain, Fadzrul Daniel serta Rodney Celvin, dilayangkan kad merah daripada pengadil perlawanan.

Keputusan lain:

Negeri Sembilan 2 KELANTAN UNITED 3

About Author

Ammar Hakim

Comment